Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan momentum kenaikan harga yang semakin suram menuju ke penghujung minggu.
Harga masih gagal melepasi paras 1.38000 pada zon SBR (support become resistance) tersebut setelah diuji beberapa kali.
Mata wang Pound masih dilihat berisiko dalam pasaran menyebabkan kenaikan agak terhad, namun disokong oleh penyusutan US dolar yang berterusan susulan hasil perbendaharaan AS yang semakin jatuh.
Namun, sesi Asia pada Jumaat menyaksikan US dolar sedikit mengukuh semula dan telah menekan harga pada carta GBP/USD lebih rendah semula dari zon SBR 1.38000.
Harga juga telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat awal bagi harga memulakan penurunan.
Penurunan lebih rendah dilihat akan kembali semula ke zon support harga di bawah paras 1.37000 yang menyokong kenaikan harga pada minggu ini dan minggu lalu.
Penurunan seterusnya bakal ke zon support 1.36000 untuk harga mencatatkan paras terendah terbaru 2 bulan.
Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan pula, zon SBR 1.38000-1.38300 perlu ditembusi sebelum menuju ke paras ketinggian yang dicapai pada awal minggu lalu hampir sekitar 1.39200.
Seterusnya, jangkaan harga akan kembali semula ke zon rintangan tumpuan pada 1.40000 yang masih gagal ditembusi sejak dagangan Mac yang lalu.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI