Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD gagal mengekalkan momentum kenaikan selepas pasaran menyaksikan harga menjunam pada sesi Eropah.
Walaupun pada sesi New York melihatkan US dolar kembali bergerak lemah dan memberi ruang untuk mata wang utama lain dalam pasaran untuk meningkat, namun Pound kekal pasif.
Situasi penyusutan Pound adalah didorong kebimbangan terhadap perkembangan vaksin AstraZeneca selepas dilaporkan wujud hubungan antara suntikan vaksin dan kesan sampingan darah beku.
Namun, kes terdapat jarang berlaku dan suntikan vaksin tersebut masih digalakkan dalam usaha untuk membendung risiko penularan virus yang lebih serius.
Harga pada carta GBP/USD dilihat telah menjunam dari paras tertinggi dicapai 3 minggu pada hampir di paras 1.39200 sehingga ke paras 1.38000.
Mencecah zon RBS (resistance become support) tersebut, pergerakan harga mula perlahan sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi Rabu.
Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga turut memberi petunjuk untuk trend bearish harga semula.
Sekiranya harga jatuh di bawah paras 1.38000, pelabur akan bersedia untuk penurunan lebih rendah harga berkemungkinan menuju ke paras 1.37000.
Namun laporan bahawa kerajaan UK telah menempah 17 juta dos 2-suntikan vaksin Moderna untuk menampung keperluan 8.5 juta rakyatnya, berkemungkinan akan meredakan semula kebimbangan.
Jika harga berjaya melonjak semula, paras ketinggian 1.39200 akan kembali diuji sebelum harga meneruskan pendakian lebih tinggi menuju semula ke paras rintangan 1.40000 sebelum ini.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI