Harga Ethereum (ETH) pada ketika ini berada di paras tertinggi berbanding all-time high (ATH) yang pernah dicatatkan pada tiga tahun lalu dengan kadar peningkatan 17%.
Pergerakan ETH sejak beberapa hari ini dilihat kukuh di atas ketinggian ATH 2018, $1,450 ketika ia menghampiri paras $2,000.
Menurut penganalisis, harga ETH sejak awal tahun telah meningkat sebanyak 130% berbanding Bitcoin (BTC) Cuma 30% untuk jangka masa yang sama.
Salah satu faktor kukuh yang mendorong kepada lonjakan ini adalah niaga hadapan Ethereum yang akan dilancarkan di Chicago Mercantile Exchange pada 8 Februari ini.
CEO Global Macro Investor dan juga pakar ekonomi, Raoul Pal menjangkakan Ethereum boleh mencecah harga setinggi $20,000 menjelang 2022. Jangkaannya itu didedahkan pada hari ini di laman Twitternya, @RaoulGMI.
Mungkin terlalu jauh jangkaan itu tetapi tidak mustahil juga jika harga ETH mampu mencecah $5,000 sebaik sahaja penskalaan ETH 2.0 dilancarkan dengan penambahbaikan Serenity Fasa 1.
Bagaimanapun, ketika ini juga harga transaksi Ethereum dilihat semakin meningkat, menghampiri $20.
Susulan daripada itu, rata-rata DeFi farmers telah berpindah kepada pertukaran Layer 2 seperti Loopring atau rantaian alternatif seperti Flamingo Finance, protokol DeFi yang berjalan di atas blockchain NEO, dan Binance Smart Chain.
Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $1,672 dengan lonjakan lebih 8% dalam 24 jam.