Ethereum Naik Lagi! Nak Catat Rekod Tertinggi Yang Baru?

1,074

Ethereum (ETH) pada hari ini menunjukkan lonjakan berturut-turut sebelum berjaya melepasi paras $1,400 pada awal petang tadi.

Ketika penulisan, aset ini didagangkan pada $1,434 dengan lonjakan sebanyak 7.9% dalam 24 jam, sekaligus menghampiri ketinggian paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkodkan pada 25 Januari lalu, $1,454.

Menurut sumber daripada CryptoQuant, terdapat sejumlah besar ETH telah dikeluarkan daripada pertukaran baru-baru ini, membawa rekod keseluruhan yang masih berbaki mencecah ke paras terendah.

Dalam 30 hari lalu, sebanyak 3.75 juta ETH bernilai $4.97 bilion telah dipindah keluar dari pertukaran membawa kemungkinan lambakan syiling tersebut telah dipindahkan untuk pelaburan Ethereum 2.0, sebagai simpanan dalam cold wallet atau DEXs.

Laporan lain daripada Glassnode menunjukkan jumlah yang tersimpan dalam kontrak deposit Ethereum 2.0 telah mencecah $4.0 bilion.

Pada masa yang sama, bayaran gas ETH semakin meningkat dan mencecah ketinggian tiga minggu pada nilai $11.46. Ada kemungkinan penggunaan akan kembali mendatar sehingga bayaran kembali kepada paras normal.

Peningkatan gas ETH bukan sahaja didorong oleh pembelian ETH dalam kalangan pelabur tetapi juga disebabkan oleh aktiviti DeFi sejak kebelakangan ini.

Maksud gas di sini adalah kos yang diperlukan untuk meakukan transaksi di rangkaian.

Rekod year-to-date juga menunjukkan harga Ethereum sudah telah melonjak 90%. Penganalisis menyifatkan ini sebagai satu permulaan kerana pelancaran CME Ether Futures (Niaga Hadapan Ether CME) dalam beberapa minggu lagi akan membawa lebih banyak pelaburan institusi ke dalam matawang ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat