Bitcoin Hilang Serinya, Pelabur Institusi Beralih Kepada Ethereum Pula!

2,186

Laporan tahunan 2020 Coinbase mendedahkan majoriti pelabur institusi kini beralih minat kepada ether, menganggap aset kedua terbesar selepas Bitcoin (BTC) itu sebagai simpanan nilai.

Rata-rata merupakan pelabur Bitcoin pada 2020 sebelum ‘berpindah’ kepada ether, matawang utama rangkaian Ethereum selepas dilihat kembali mengukuh.

Dalam laporan yang sama ada menyatakan, “Klien menyifatkan Ethereum (ether) sebagai, pertama, berpotensi untuk berkembang sebagai simpanan nilai dan, kedua, sebagai komoditi digital yang diperlukan bagi menguatkan transaksi di rangkaiannya.”

Pada masa yang sama, penganalisis akui berlaku juga peningkatan jumlah pelabur yang turut memberi perhatian kepada kewangan tidak berpusat (DeFi) ketika menfokuskan ether walaupun tidak dinafikan rata-rata tidak selesa dengan risikonya.

Satu hal lagi yang menarik pelabur untuk beralih kepada ether adalah CME pada Disember lalu mengumumkan pelancaran niaga hadapan ether pada bulan hadapan, Februari.

Ia satu peluang untuk pelabur institusi melindungi kedudukan mereka, mengurangkan risiko keseluruhan pelaburan dalam ether dan menyediakan ruang untuk mereka mengambil posisi spekulatif.

Mungkin juga khabar niaga hadapan ether CME menyebabkan penyusutan Dana Ethereum Grayscale premium kepada nilai dasar.

Pengambilan saham Ethereum 2.0 juga memainkan faktor peralihan pelabur kepada ether kerana ganjaran yang diterima dalam faedah tahunan ke atas pegangan mereka.

Ketua pelaburan CrossTower, Chad Steinglass menyifatkan lonjakan ether kali ini lebih organik, dan didorong dari dalam industri kripto daripada pergerakan bitcoin beberapa bulan lalu. Malah, kebanyakan pelabur kripto secara khusus telah mengalihkan peruntukan dari bitcoin kepada ether ekoran daripada pergerakan bitcoin yang agak sederhana sejak kebelakangan ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat