KuCoin tidak ketinggalan mahu menutup ‘pintu’ perdagangan kripto di platformnya untuk pengguna China susulan daripada amaran tegas daripada kerajaan negara itu isytihar kripto sebagai urusniaga haram.
Pengumuman tersebut dijelaskan di laman web rasminya semalam.
Berdasarkan sekatan industri kripto di China, KuCoin meminta pengguna China untuk mengeluarkan kesemua aset dan menutup akaun sebagai langkah perlindungan aset penggunanya.
Jelas KuCoin lagi, pengguna diberi masa sehingga tengah malam 31 Disember 2021 untuk berbuat demikian.
Satu peringatan berterusan akan dilakukan KuCoin sehingga tarikh tersebut dan proses pengeluaran aset adalah dalam tanggungjawab penggunanya.
Keputusan KuCoin menjadikan platform ini yang terbaru menarik diri dari pasaran China selepas Huobi dan Binance.
Mungkin ramai yang tidak menyedari ketika pertukaran berpusat berhadapan dengan kesukaran untuk mengekalkan pengguna China, pertukaran desentralisasi (DEX) pula sebaliknya menjadi tumpuan pelabur kripto.
Misalnya dYdX yang berhadapan dengan jumlah perdagangan sebanyak $4.3 bilion dalam tempoh 26-27 September 2021.