Gara-Gara China, DYDX Pacu Lebih 100% Catat ATH Terbaru!

110

DYDX, token natif bursa desentralisasi (DEX) dYdX mencatatkan peningkatan lebih 100% pada minggu ini ekoran daripada pengharaman China terhadap sektor perdagangan kripto baru-baru ini.

Harga DYDX pada awal pagi tadi telah mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $27.78 selepas mencatatkan $13 pada minggu lepas, menjadikan lonjakan sebanyak 112.3%.

Pada 24 September, bank pusat China, People’s Bank of China (PBOC) telah mengharamkan aktiviti perdagangan matawang kripto di negara itu, mengundang kesan besar:

  • Huobi dan Binance yang telah memadam kesemua akaun baharu pengguna China, termasuk akaun-akaun sedia ada.
  • Token natif Huobi, HT susut 52.64%, token natif OKEx (OKB) menurun sehingga 43.87% selepas dua hari pengumuman PBOC.
  • Mining pools Ethereum seperti Sparkpool dan BeePool ditutup.

Sekatan China secara tidak langsung menjadi pendorong peningkatan minat terhadap dYdX yang menawarkan margin, perpetuals, dan spot trading, termasuk perkhidmatan peminjaman kepada penggunanya.

Pelabur juga lebih selesa untuk berpindah ke DEX kerana tidak terikat dengan dengan pihak ketiga atau perantara dan tidak mengaplikasikan prosedur Know Your Customer (KYC).

Mengujakan lagi apabila dagangan dYdX meningkat sehingga $4.3 bilion berbanding Coinbase cuma mencatatkan $3.7 bilion.

Ketika penulisan, dYdX didagangkan pada $26.76 dengan lonjakan 8.44% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat