Menuju penghujung dagangan minggu ini, beberapa faktor dilihat kembali menjadi pencetus terhadap pengukuhan semula US dolar.
Namun paling ketara adalah situasi rusuhan di Capitol selepas penyokong Donald Trump tidak berpuas hati terhadap keputusan pilihan raya Georgia yang berpihak kepada parti Demokrat.
Ketegangan tersebut telah mengubah arah pergerakan US dolar yang dilihat akan terus susut dengan jangkaan pakej rangsangan ekonomi besar akan dilaksanakan.
Berikutan kebimbangan membelenggu pasaran kembali membuatkan pelabur berwaspada dan meningkatkan semula minat pembelian terhadap US dolar sebagai safe-haven.
Pasaran juga dijangka bergelora pada sesi New York berikutan laporan data pekerjaan NFP AS yang bakal diterbitkan.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD Khamis semalam dilihat harga ketara membuat penurunan semula dari zon resistance 1.23400 dengan mencatatkan penurunan harian sekitar 100 pips ke paras 1.22500 pada zon RBS (resistance become support).
Pergerakan harga mendatar sehingga penghujung sesi New York di atas paras 1.22500 sebelum sesi Asia pada hari ini (Jumaat) menunjukkan harga menyambung momentum penurunan semula.
Penurunan lebih rendah dijangkakan menuju zon RBS lebih rendah pada sekitar 1.21800-1.21500 dengan perubahan trend bearish pada carta EUR/USD.
Namun jika US dolar kembali melemah dalam pasaran, harga berkemungkinan meningkat semula menguji paras rintangan pada 1.23000 sebelum ke zon resistance 1.23400 semula.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI