‘Jangan-jangan Rusia punya kerja tak? Ehh…..Husnuzon.’
YouTube milik Alphabet Inc dilaporkan menghadapi masalah awal pagi tadi waktu tempatan selepas laman web penjejakan gangguan, Downdetector.com melaporkan lebih 10,000 pengguna gagal mengakses akaun mereka di platfrom tersebut.
Selain itu, sejumlah pengguna turut melaporkan bahawa mereka gagal mengakses platform televisyen langsung, Youtube TV.
Antara masalah lain yag dilaporkan adalah log masuk, pertukaran antara akaun dan bar navigasi.
Namun, beberapa jam kemudian Alphabet dikatakan telah berjaya membaik pulih isu yang mengganggu ciri tertentu untuk beribu penggunanya merentasi platform perkongsian video dalam talian dan platform media sosialnya.
Menurut ciapan di Twitter rasmi YouTube, syarikat tersebut menyatakan mereka sudah mengenal pasti masalah dan membaikinya, dan kini pengguna sepatutnya sudah log masuk, bertukar antara akaun dan meggunakan menu akaun serta bar nagivasi merentas semua perkhidmatan termasuk YouTube, YouTube TV, YouTube Music dan YouTube Studio.
Setakat ini pihak YouTube mahupun Alphabet masih enggan memberi sebarang kenyataan terperinci mengenai gangguan tersebut.
Dalam pada itu, YouTube kini diambang sekatan oleh Rusia ekoran tindakannya menghalang penyiaran saluran rancangan dewan perlimen rendah negara itu.