Algorand Foundation bersetuju untuk memperuntukkan $20 juta (~RM83.7 juta) untuk mengembangkan ekosistem rangkaian Algorand.
Pengumuman tersebut dibuat oleh CEO Algorand Foundation, Staci Warden pada Khamis dalam program ETHDenver.
Difahamkan sebanyak $10 juta akan disalurkan untuk pembangun bagi menyelesaikan keserasian Ethereum Virtual Machine (EVM).
Melalui kehadiran EVM, aplikasi desentralisasi (dApps) yang dibangunkan di Ethereum atau mana-mana rangkaian yang serasi dengan Ethereum juga boleh dilaksanakan di Algorand.
Manakala lagi $10 juta akan difokuskan kepada projek yang boleh mampankan keperluan pembangun untuk Algorand.
Sebarang keperluan atau alatan bersesuaian dengan projek, seperti compilers dan debuggers -memudahkan lagi penubuhan aplikasi di Algorand.
Pembentangan dua projek ini diharapkan dapat menarik lebih banyak pembangun aplikasi dan projek terbaharu, sekaligus mewujudkan platform yang kukuh untuk komuniti pembangun berasaskan Ethereum.
Ringkasan Algorand (ALGO)
- Mampu memproses sehingga 10,000 transaksi per saat
- Tiada kos gas, hanya ada kos transaksi yang sangat murah
- Pada tahun lepas, Algorand menjadi alternatif Ethereum ketika kos gas dan transaksi mencanak.
Ketika penulisan, ALGO mencatatkan nilai dagangan $0.85, susut hampir 5% dalam 24 jam.