Tepati jangkaan, harga emas telah melonjak sehingga mencapai paras $1,900 merekodkan paras tertinggi terbaru 8 bulan.
Sudah pastinya, permintaan yang meningkat terhadap emas adalah didorong oleh sentimen pasaran yang berisiko semula ekoran krisis Rusia dan Ukraine dilaporkan kembali tegang.
Dengan mata wang US dolar juga tidak memberi reaksi yang jelas, telah memberi ruang lebih selesa untuk emas terus mendaki pada dagangan Khamis semalam.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, emas menepati ramalan penganalisis untuk sasaran kenaikan sehingga ke sesi New York semalam mencapai paras 1900.00.
Namun, bersambung pada awal sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga membuat sedikit penurunan semula dengan paras 1900.00 kini menjadi rintangan untuk harga meneruskan kenaikan.
Corak kenaikan harga masih dijangka akan berterusan pada penutup dagangan minggu ini, berkemungkinan akan mensasarkan ke paras ketinggian terbaru sekitar 1930.00 atau lebih tinggi.
Sebaliknya jika 1900.00 kekal menjadi penghalang untuk emas meningkat lebih tinggi, harga berkemungkinan boleh membuat penurunan semula jika sentimen pasaran kembali berubah.
Beberapa zon penting seperti di 1870.00 dan 1850.00 bakal diuji sebelum memberi isyarat untuk perubahan trend bearish harga semula untuk dagangan emas.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG