Pengukuhan US dolar pada sesi New York semalam telah membantutkan peningkatan awal nilai emas pada dagangan Selasa semalam.
Data tinjauan sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) yang positif dan bilangan pembukaan tawaran pekerjaan yang meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan telah menyokong pengukuhan semula US dolar.
Pada mulanya, US dolar bergerak susut bermula di sesi Asia hingga bersambung ke sesi Eropah semalam memberi ruang untuk emas didagangkan meningkat.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, kenaikan harga telah mencapai sekitar 1657.00 sebelum berlaku terjunan semula harga di sesi New York.
Namun, membuatkan penganalisis masih menilai harga masih berpotensi untuk meneruskan kenaikan apabila penurunan ke sekitar 1643.00 tidak berjaya melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) yang membendung penyusutan lebih rendah, menjadi isyarat pergerakan harga yang masih bullish.
Corak kenaikan harga masih dipaparkan pada dagangan yang bersambung pada Rabu sehingga ke sesi Eropah pada tempo yang perlahan dan masih belum mengatasi ketinggian dicapai semalam.
Sekiranya harga emas berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, melepasi zon 1660.00 akan mendorong jangkaan untuk menuju pula sehingga ketinggian pada 1680.00 yang dilihat sebagai zon tumpuan penting.
Sebelum ini, zon tersebut menjadi rintangan buat harga pada dagangan minggu lalu dan sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan melepasinya, sasaran seterusnya adalah pada zon 1700.00.
Namun, jika harga membuat penurunan semula dan paras sokongan MA50 gagal untuk menahan penyusutan lebih rendah, perubahan trend harga emas bakal dijangkakan selepas harga susut di bawah paras 1640.00.
Penurunan harga yang dilanjutkan masih disasarkan untuk menuju ke zon support pada 1620.00 sebelum paras 1600.00 menjadi sasaran berikutnya jika harga emas terus alami kejatuhan berterusan.
Pergerakan emas bakal dipengaruhi oleh reaksi keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti yang dijangka akan menggegarkan pasaran.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG