Dagangan komoditi emas pada minggu lalu dilihat gagak untuk melanjutkan corak bullish apabila nilai emas di penghujung minggu kian merosot semula.
Sementara itu, US dolar yang menjadi pemacu perubahan nilai emas semasa dalam pasaran berkemungkinan akan menambahkan tekanan pada minggu ini.
Situasi penularan Covid-19 di China yang semakin membimbangkan pada awal minggu ini dengan kematian baru yang dilaporkan, berpotensi untuk mengukuhkan semula US dolar sebagai mata wang safe-haven.
Jika menilai pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada minggu lalu, harga telah menguji zon rintangan pada 1786.00 yang menjadi paras tertinggi dicapai untuk tempoh dagangan 3 bulan.
Namun, selepas mencapai paras tertinggi terbaru tersebut pada pertengah minggu, harga mula pamer penurunan sehingga ke penutup dagangan minggu tersebut.
Harga yang turut bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam carta XAU/USD menjadi petunjuk awal perubahan trend bearish buat emas.
Selepas melepasi zon tumpuan pada 1760.00, harga telah menutup dagangan di sesi terakhir sekitar paras 1750.00.
Menyambung pembukaan awal minggu di sesi Asia pagi ini, pergerakan harga emas perlahan dan menunjukkan sedikit penurunan dan mendatar di sekitar 1744.00 menuju ke sesi Eropah.
Penurunan lanjut harga dijangka akan menguji zon 1740.00 sebelum meneruskan lagi penurunan lebih rendah ke zon tumpuan 1720.00.
Namun, jika harga pantul membuat kenaikan semula, zon 1760.00 dilihat menjadi zon awal yang akan diuji sebelum pelabur menilai perubahan trend harga emas semula.
Melepasi zon tersebut dan juga menembusi halangan MA50 akan menjangkakan harga dipacu lebih tinggi menuju semula zon ketinggian dicapai minggu lalu pada 1786.00 sebelum sasaran akan beralih pada 1800.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG