Berdepan kerancakan pertumbuhan pasaran kripto di seluruh dunia, Thailand kini sedang membuat persediaan untuk melancarkan mata wang digital bank pusat (CBD) sendiri yang bertujuan untuk mengetatkan peraturan mata wang kripto.
Oleh itu, kerajaan Thailand telah mencari solusi untuk mengetatkan pengawasan pengawal seliaan pada platform-platfrom kripto yang menawarkan perkhidmatan di negara itu.
Selain itu, kerajaan Thailand juga membuat perancangan untuk memberi kuasa yang lebih luas kepada bank pusat Thailand dalam percubaan merombak peraturan kripto. Buat masa ini, hanya Suruhanjaya Sekuriti (SEC) Thailand sahaja mempunyai mandat tunggal untuk menyelia industri sejak daripada 2018 lagi.
SEC akan mengorak langkah dengan lebih jauh untuk rombakan peraturan kripto. Namun begitu, Menteri Kewangan Arkhom Termpittayapaisith memaklumkan bahawa pindaan baharu terhadap peraturan kripto akan membawa bank pusat menjadi sebahagian daripadanya.
Tambahnya lagi, buat masa sekarang, bank pusat tiada peluang untuk memasuki rangka kerja pengawalseliaan kecuali menasihati bahawa mata wang kripto bukanlah kaedah yang sah dalam membuat pembayaran barangan serta perkhidmatan.
Oleh itu, rangka kerja tersebut tidak cukup jelas untuk mengawal selia industri. Tahun ini juga merupakan tahun yang sukar untuk Thailand dan pihak pengawalselia kerana bilangan akaun dagangan yang aktif telah merosot sebanyak satu pertiga.
Arkhom juga memberi jaminan bahawa peraturan kripto yang lebih ketat bukanlah bertujuan untuk menyekat inovasi tetapi memberikan perlindungan yang lebih terjamin kepada pelabur.