Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengesahkan rancangannya untuk bertemu secara bersemuka dengan Presiden China Xi Jinping di sidang kemuncak G20 Bali pada minggu depan.
Ini bakal menjadi pertemuan peribadi pertama mereka sejak Biden memegang jawatan presiden pada 2020, kerana dihalang oleh pandemik Covid-19.
Biden berkata beliau akan membincangkan isu perdagangan dan Taiwan dalam perjumpaan tersebut, yang mana tekanan antara kedua-dua negara itu telah meninggkat sejak Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi melawat Taipei pada Ogos.
Meskipun begitu, Biden bertegas tidak ada sebarang ‘konsesi’ akan dibuat susulan pertemuan itu, tetapi mahu mengetahui ‘batas’ Xi Jinping dalam hubungan mereka.
Ujar beliau kepada pemberita, matlamatnya adalah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang keutamaan dan kebimbangan Xi Jinping.
“Saya telah memberitahu mereka bahawa saya mencari persaingan, bukan konflik”, jelas Presiden itu.
Sementara itu bagi pihak Xi Jinping, beliau sebelum ini ada mengatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan AS manakala diplomat kanan kedua-dua pihak telah mengadakan panggilan dan pertemuan secara peribadi.