Kemas kini terbaru mengenai pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat menyaksikan parti Demokrat berhasil mengekalkan penguasaannya di Senat.
Dalam persaingan yang sengit, Demokrat pimpinan Presiden Joe Biden memperoleh majoriti dengan kemenangan 50 kerusi berbanding 49 yang diraih Republikan di dewan atasan Kongres AS.
Seperti yang dijelaskan dalam perkongsian sebelum ini, Senat boleh menyekat atau meluluskan undang-undang yang diundi Dewan Rakyat serta mengesahkan pelantikan yang dibuat oleh presiden.
Ini sekali gus memberi Presiden Biden kuasa untuk mengisi mahkamah persekutuan dengan calon-calonnya dan melantik kakitangan pentadbirannya mengikut pilihan beliau.
Sementara itu di Dewan Rakyat, pengiraan undi masih berjalan yang kini menyaksikan Republikan mendahului dengan 212 kerusi daripada 218 yang dipertandingkan, dengan Demokrat meraih 204 kerusi.
Rentetan daripada ini, ia memperlihatkan Republikan berpeluang untuk mengawal Dewan Rakyat yang pastinya memberi kesukaran Presiden Joe Biden melaksanakan rancangannya.
Namun sekurang-kurangnya Biden dah dapat Senat kan? Kira okay lah tu, sama-sama seimbang.