Emas didagangkan mendatar setelah mencatat penurunan sederhana apabila US dolar perlahan-perlahan bangkit menjelang penerbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.
Menghiasi dagangan sesi Asia, logam kuning itu sedikit berubah pada sekitar harga $1,710 per auns manakala niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,718 per auns.
Pelabur kini dilihat lebih berhati-hati ketika detik untuk data NFP dikeluarkan semakin hampir, melihatkan pergerakan pasaran yang mendatar.
Bagaimanapun, US dolar berhasil untuk menokok semula dengan hasil bon AS 10 tahun turut meningkat menyebabkan emas terpaksa berundur sedikit.
Jangkaan suram untuk NFP menyebabkan pelabur berwaspada, lebih-lebih lagi selepas data pekerjaan ADP sektor swasta menunjukkan angka yang positif manakala jumlah tuntutan pengangguran pula kurang memberangsangkan.
Ini menimbulkan ketidaktentuan terhadap jangkaan NFP yang bakal dikeluarkan pada sesi New York akan datang.