Mata wang Pound berjaya didagangkan lebih kukuh berbanding US dolar pada penghujung minggu susulan US dolar yang kembali bergerak susut, gagal untuk mengekalkan pengukuhan yang dipaparkan ketika reaksi terhadap ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell malam tadi.
Selepas pelantikan Perdana Menteri UK yang baru, suasana suram pula kini sedang menyelubungi England selepas berita kematian Ratu Elizabeth II dilaporkan awal pagi ini.
Namun, mata wang Pound dilihat tidak begitu terkesan sebaliknya terus mengikuti pergerakan pada mata wang US dolar dalam pasaran.
Powell masih kekal memberi petunjuk untuk bank pusat meneruskan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat terbaru, justeru pelabur akan bersedia untuk pengukuhan US dolar pada bila-bila masa sahaja sementara masih bergerak suram ketika ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-19
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat berlegar di atas zon support 1.14000-1.14500 pada Khamis semalam sebelum kenaikan lebih positif dipaparkan di sesi Asia pagi Jumaat ini.
Harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD memberi indikasi awal untuk permulaan bagi trend bullish harga semula.
Namun kenaikan harga perlu menguji dahulu rintangan 1.16000 pada zon SBR (support become resistance) tersebut sebelum menunjukkan isyarat lebih jelas untuk corak kenaikan setererusya.
Kenaikan lebih tinggi melepasi zon SBR itu dilihat akan kembali mensasarkan semula pada zon tumpuan sebelum ini pada 1.18000.
Namun jika penurunan harga kembali berlaku semula, zon support 1.14000 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji.
Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru untuk tempoh dagangan 37 tahun, iaitu terendah sejak 1985.
Sasaran untuk penurunan lanjut harga berkemungkinan boleh mencecah sekitar 1.13000 atau lebih rendah pada 1.12000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG