Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) masih lagi paranoid apabila mendedahkan Rusia ada peluang untuk ‘lari’ dari sekatan ekonomi melalui kebolehan perlombongan kripto.
Jelas IMF dalam laporan terbaharu, negara tersebut mendapat manfaat daripada sumber tenaga untuk menggerakkan sektor perlombongan kripto, sekaligus menjana pendapatan.
Sebelum ini Vladimir Putin mendakwa negaranya memiliki kelebihan dari aspek persaingan dalam perlombongan kripto.
Malah Cambridge University juga pernah mendedahkan fakta tentang Rusia sebagai salah satu negara yang memiliki bidang kuasa terkemuka dalam hal perlombongan Bitcoin (BTC).
Rusia dan kripto
Sejak pencerobohan Ukraine pada Februari, banyak negara bimbang jika Rusia menggunakan kripto untuk elak sekatan ekonomi.
Seperti yang dijangka, pada pertengahan Mac, Rusia akhirnya mengumumkan pembayaran dalam BTC untuk pembelian minyak dan gas.
Selain perlombongan dan pembayaran dalam mata wang kripto, Rusia juga berpotensi untuk menceroboh sekatan menggunakan perisian tebusan (ransomware).
Kedua-dua senjata ini – kripto dan ransomware sebenarnya saling berkait rapat kerana penggunaan mata wang kripto merancakkan pertumbuhan industri ransomware.
Seperkara yang akan menjadi kelebihan Rusia ialah jika ada platform pertukaran kripto yang enggan patuh dengan perintah sekatan.
Misalnya Binance, Kraken, KuCoin, dan Coinbase yang memilih untuk bersikap ‘neutral’ dalam kegawatan hubungan Ukraine dan Rusia.
Menurut mereka, tiada alasan kukuh untuk menyekat Rusia kerana sekatan yang dilaksanakan akan memberi tempias kepada golongan yang tidak berkaitan dalam peperangan tersebut.