Bekas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin memberi amaran kepada pemerhati pasaran supaya tidak melebihkan tindakan Federal Reserve (Fed).
Menyingkap situasi setahun lalu, Mnuchin berkata pemerhati pasaran memandang remeh tentang risiko yang timbul dalam ekonomi.
Namun, kini mereka terlalu risaukan ancaman yang dicetuskan inflasi dan pengetatan agresif oleh Fed.
Mnuchin mengatakan pandangannya bahawa pasaran kini terlalu menilai risiko tersebut di mana tiba-tiba semua orang menjadi sangat negatif dengan impaknya.
Fed telah mengetuai bank pusat global dalam mengetatkan dasar monetari tahun ini dalam memerangi inflasi yang melambung tinggi.
Namun, apa yang menjadi kebimbangan adalah usaha untuk mengurangkan inflasi mungkin membawa impak yang besar kerana kadar yang lebih tinggi boleh memperlahankan aktiviti perniagaan dan menjejaskan ekonomi.
Setakat September, Fed telah menaikkan kadar sebanyak lima kali membawa penanda aras kadar faedah kepada julat 3%-3.25%.
Pasaran kini melihat kadar faedah akann mencecah 5% pada separuh pertama 2023, menandakan Fed akan terus agresif dalam menangani inflasi.