“Macam ni la baru pelabur sejati, tetap setia walaupun terluka.”
Pelabur jutawan Amerika Syarikat (AS), Bill Miller kagum dengan ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) yang masih dapat mengekalkan prestasinya walaupun pasaran kripto berada dalam momentum lemah.
Millier menjangkakan harga BTC akan melonjak kembali ke paras tertingginya dalam tempoh terdekat ini berikutan aset digital tersebut tetap berdiri kukuh sehingga kini sungguhpun terdapat krisis FTX yang berpanjangan.
Diperjelaskan lagi oleh beliau, BTC tidak menjunam separuh daripada harga semasanya dan ini menunjukkan betapa hebatnya aset digital itu ekoran masih berlegar pada zon $16,801.
Namun, BTC berupaya untuk membuat paras harga tertinggi baharu sekiranya Federal Reserve (Fed) tidak bertindak terlalu agresif untuk menaikkan kadar faedah.
Umumnya, Miller merupakan pemegang tegar BTC yang berpandangan aset digital tersebut adalah pengganti emas dan mampu memberi pelbagai manfaat kepada kebanyakan individu pada masa hadapan.
Pada sisi berbeza, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FTX, Sam Bankman-Fired (SBF) telah ditangkap di Bahamas atas kesalahan penipuan, pengubahan wang haram dan jenayah kewangan lain selepas memfailkan bankrap pada bulan lepas.
Beliau dilaporkan telah memberi gegaran kepada pasaran kripto dan para pelabur apabila syarikatnya dalam sekelip mata menghadapi kejatuhan.