Presiden El Salvador, Nayib Bukele baru sahaja mengumumkan bahawa negara itu telah memberi 80 Bitcoin (BTC) pada harga $19,000.
Sekitar jam 9.00 pagi waktu tempatan, pemimpin negara itu memaklumkan perkara tersebut melalui satu ciapan di laman Twitter dengan mengatakan, “Bitcoin adalah masa depan. Terima kasih kerana jual murah.”
Ia turut dilampirkan bersama tangkap layar yang memaparkan 40 transaksi pembelian yang telah dibuat pada Khamis, berjumlah $1.52 juta.
El Salvador bought today 80 #BTC at $19,000 each!#Bitcoin is the future!
Thank you for selling cheap 😉 pic.twitter.com/ZHwr0Ln1Ze
— Nayib Bukele (@nayibbukele) July 1, 2022
Ini menjadikan pegangan terkini yang dimiliki negara itu adalah 2301 BTC dengan berjumlah $103.9 juta. Namun, portfolio semasa bernilai $46.6 juta disebabkan kejatuhan 55.03% (data CoinDesk) yang dialami ketika pasaran kripto susut nilai.
Tindakan tersebut secara tidak langsung membuktikan bahawa negara itu masih lagi yakin dengan potensi mata wang kripto pada masa hadapan walaupun pasaran kini terumbang-ambing disebabkan faktor-faktor yang tidak menentu.
Pada waktu penulisan, BTC didagangkan pada sekitar harga $20,000, meningkat sedikit dari paras terendah $18,600 yang disentuhnya menjelang akhir dagangan Jun.