‘Simpanan hari tua berisiko besar jugak ni sebenarnya, tapi ada potensi yang lumayan.’
Firma perkhidmatan kewangan, Charles Schwab melaporkan separuh daripada generasi Gen Z dan Milenium percaya kripto adalah pelaburan persaraan terbaik.
Menerusi tinjauan yang dilakukan Charles Schwab terhadap Milenium (mereka yang lahir antara 1980-an ke 1990-an) dan Gen Z (antara 1990-an sehingga 2010) mahukan kripto menjadi sebahagian daripada pelan perasaan *401 (k).
*Pelan simpanan persaraan dan pelaburan yang ditawarkan majikan di Amerika Syarikat (AS).
Meneliti inti pati, 46% Gen Z dan 45% Milenium ‘mahu’ jadikan kripto sebagai sebahagian daripada rancangan hari tua mereka sementara 90% gabungan generasi tersebut melibatkan diri dengan pelaburan kripto.
Tinjauan turut mendapati 31% dari Gen X dan 11% Boomer (yang lahir antara 1940-an ke 1970-an) turut menyokong pelaburan kripto sebagai sebahagian daripada pelan pesaraan 401 (k) mereka.
Sungguhpun begitu, situasi inflasi dilihat menjadi cabaran kepada keutuhan ekonomi seperti yang digariskan respondan dalam tinjauan tersebut.
Satu kajian yang dijalankan Investopedia mendapati hanya 28% Milenium dan 17% Gen Z di AS mampu menyokong persaraan mereka dengan menggunakan kripto.
Dalam pada itu, kebanyakan institusi kewangan di AS masih tidak menyokong kripto untuk pelan pelaburan 401 (k) bagi perkhidmatan mereka dan satu-satunya firma yang menawarkan kemudahan tersebut adalah Rest Super dari Australia.