Berita duka untuk pelabur Solana (SOL).
Rangkaian ini sekali lagi berhadapan dengan serangan DDoS, menjadikan ini serangan kali ketiga!
Difahamkan serangan tersebut berlaku pada hari ini, memaksa rangkaian Solana offline sebelum kembali beroperasi normal empat jam kemudian.
Bagaimanapun setakat penulisan artikel ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Solana Foundation.
Tetapi komuniti Solana di subreddit r/CryptoCurrency mengesahkan dan melaporkan kejadian ini.
Mereka juga rata-rata meletakkan kesalahan ini kepada pelaku kerana yakin Solana sudah dibangunkan dengan mampan.
Kali pertama Solana diserang DDoS adalah pada September 2021. Ketika itu rangkaian tersebut berhadapan dengan ketidakstabilan rangkaian selama 45 minit kerana telah berlakunya aktiviti botting besar-besaran terhadap initial DEX offering (IDO), Raydium.
Kali kedua berlaku pada 10 Disember, menyaksikan serangan DDoS di Solana sehingga lebih 24 jam. Rangkaian itu berhadapan dengan masalah pemprosesan transaksi menyebabkan kebanyakannya tertangguh.
Insiden ini memberi impak kepada harga SOL, susut sehingga ke paras terendah harian, $166 sebelum kembali meningkat kepada nilai $171.09, susut lebih 2% dalam 24 jam ketika penulisan artikel.