Minyak mentah didagangkan stabil pada hari Khamis, ketika pelabur masih menilai prospek menyuramkan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menurunkan ramalan pertumbuhan globalnya dan kekurangan pengeluaran dari Libya.
WTI Amerika Syarikat didagangkan positif pada $103 setong ketika sesi Asia, manakala dagangan Brent pula sedikit meningkat pada $108 setong.
Libya, yang juga merupakan anggota OPEC memberitahu bahawa negara itu telah kehilangan lebih 550,000 tong sehari pengeluaran minyak akibat sekatan di medan utama dan terminal eksport.
IMF pula mengurangkan unjuran pertumbuhan global selain turut mengatakan bahawa perang Rusia dan Ukraine telah menimbulkan ketidakpastian yang besar buat ekonomi dunia.
Sementara itu, prospek permintaan di China terus membebankan pasaran ketika pengimport minyak terbesar dunia itu perlahan-lahan mengurangkan sekatan Covid-19 yang telah menjejaskan aktiviti ekonomi dan rantaian bekalan global.
Data terbaharu pula menunjukkan bekalan minyak mentah AS menyusut sekitar 8 juta tong pada minggu lalu, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga. Ini adalah pengeluaran terbesar dalam pegangan sejak Januari 2021.