Tidak sia-sia usaha Miami memperkenalkan CityCoins ke dalam ekonominya sebagai satu alternatif untuk merancakkan pertumbuhan negara itu.
Dalam laporan terbaru, datuk bandar Miami, Francis Suarez telah mengumumkan pembayaran pertama dalam mata wang kripto bernilai $5.25 juta (RM21.94 juta) melalui projek CityCoins.
Jelasnya menerusi Twitter: “Satu detik bersejarah di mana bandar ini peroleh sumber bernilai $5.25 juta hasil perlombongan kripto, bukan melalui percukaian.”
I’m so excited to announce that the @CityofMiami has received its first-ever disbursement from @mineCityCoins totaling $5.25M.
This is a historic moment for our city to collaborate with an innovative project that creates resources for our city through innovation not taxation.
— Mayor Francis Suarez (@FrancisSuarez) February 2, 2022
Sementara itu, wallet kripto bagi bandar ini masih memiliki $15.9 juta. Tidak pasti jika aset itu akan digunakan untuk manfaat bandar atau diserahkan kepada penduduknya.
Difahamkan ada kemungkinan aset tersebut akan dibahagikan mengikut kadar 30%-70% untuk Miami dan penduduknya.
Bagi yang tidak mengikuti perkembangan projek CityCoins, sebenarnya ia mula dilancarkan pada awal Ogos 2021.
Ia menggunakan mekanisma Proof-of-Work (PoW) yang “dikitar semula” daripada rangkaian Bitcoin, sesuailah dengan penempatannya di rangkaian Stacks (STX) iaitu lapisan pembangunan untuk Bitcoin.
Manakala CityCoins pula adalah kontrak pintar yang membolehkan penggunanya untuk melombong koin bandar, MiamiCoin dengan menghantar koin STX kepada kontrak yang ditetapkan.