Pengasas web pasaran gelap Silk Road, Ross Ulbricht berjaya menjual non-fungible token (NFT) pertamanya walaupun figura itu dipenjarakan atas jenayah yang dilakukan.
NFT tersebut, ‘Perspective’ merupakan sebuah lukisan pensil terjual dengan harga 1,446 ETH ($6.2 juta, bersamaan RM 25.9 juta) pada awal Disember 2021 menerusi platform SuperRare.
Perspective merupakan salah satu koleksi Ross Ulbricht Genesis Collection NFT yang diusahakan oleh organisasi desentralisasi, FreeRossDAO.
Melalui organisasi inilah karya-karya Ulbricht dilelong dan keuntungan tersebut disalurkan kepada pertubuhan amal, Art4Giving dan digunakan untuk membebaskan penjenayah itu.
Karya yang dihasilkan oleh Ulbricht diinspirasikan oleh kisah hidupnya – bermula dari zaman kanak-kanak, remaja, dan kehidupannya sebagai banduan; termasuk animasi asal yang dihasilkan oleh artis Levitate, menceritakan pengalaman Ulbricht di penjara.
Ross Ulbricht dikenali sebagai penjenayah terbesar dalam dunia kripto. Laman web Silk Road telah digunakan untuk pengoperasian dan penjualan dadah, dokumen palsu, dan banyak lagi harta haram menggunakan mata wang kripto, Bitcoin (BTC).
Fenomena NFT semakin menggila, bermula pertengahan 2021.
Bukan sahaja pemain bola sepak dunia yang tertarik dengan NFT, tetapi juga artis Bollywood seperti Salman Khan dan Amitabh Bachan; artis Korea seperti BTS dan Mamamoo; dan artis Hollywood seperti Eminem, Steve Aoki, dan Justin Bieber.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.