Pound kekal bergerak suram pada awal pembukaan pasaran minggu ini sementara pelabur menunggu keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) pada Khamis ini dengan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah bakal berlaku.
Namun begitu, ketegangan krisis perang antara Rusia dan Ukraine yang masih berlarutan turut menjadi faktor yang memberi tekanan terhadap Pound ekoran tempias terhadap ekonomi UK.
Justeru, sukar untuk Pound mengukuh walaupun besar kemungkinan untuk BOE meningkatkan kadar faedah pada mesyuarat polisi minggu ini.
Sebaliknya pula yang berlaku terhadap US dolar yang berjaya pamerkan pengukuhan di awal minggu menjelang mesyuarat FOMC dengan jangkaan Federal Reserve (Fed) juga bakal meningkatkan kadar faedah.
Carta harga pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan harga masih memaparkan corak penurunan harga semalam sehingga menyentuh paras terendah terbaru di zon sokongan 1.3000.
Isyarat pergerakan trend bearish juga dilihat oleh pelabur apabila harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.
Penurunan lebih rendah akan dijangkakan melepasi paras 1.3000 untuk menuju pula ke paras support terbaru sekitar 1.2900 dan terus merekodkan paras terendah sejak November 2020.
Untuk jangkaan bagi pergerakan menaik harga pula, rintangan awal yang bakal diuji harga dilihat pada 1.31000 selepas harga juga berjaya melepasi halangan MA50 untuk isyarat perubahan awal trend.
Kenaikan harga seterusnya akan menguji pula zon rintangan 1.32000 yang gagal ditembusi pada kenaikan minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG