Sentimen positif pasaran meluas, lantunan pada Wall Street, membuatkan Bursa dibuka positif pada awal minggu.
Ulas nota Malacca Securities Sdn Bhd, pelabur dilihat mengambil isyarat bahawa data indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) yang lemah memungkinkan Federal Reserve (Fed) melaksanakan kenaikan kadar yang kurang agresif.
Atas faktor itu, Bursa dibuka positif dengan minat belian muncul pada kaunter teknologi, telekomunikasi, kesihatan dan tenaga yang mana harga minyak mentah alami lantunan.
Melihat carta indeks, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.22 mata pada 1,501.75.90 daripada penutupan Jumaat pada 1,496.53 dengan pembukaan kukuh 1.13 mata pada 1,497.66.
Di pasaran meluas, kaunter untung pada 217 mengatasi kaunter rugi pada 88, manakala 209 kaunter pula tidak berubah, 1,801 tidak didagangkan dan 9 digantung.
Jumlah perolehan pada 139.91 juta unit bernilai RM74.03 juta.
Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) tambah 6 sen pada RM9.03, Public Bank Bhd raih 2 sen pada RM4.71, Petronas Chemicals Group Bhd dan IHH Healthcare Bhd capai 3 sen pada RM8.97 dan RM6.20 sementara CIMB Group Holdings Bhd lonjak 5 sen pada RM5.49.
Saham aktif memperlihatkan Harvest Miracle Capital Bhd naik 1 sen pada 16 sen, Cnergenz Bhd lonjak 4 sen pada RM1.06 dan Agmo Holdings Bhd capai 3.5 sen pada RM1 sementara MLABS Systems Bhd kekal pada 1.5 sen dan Metronic Global Bhd pada 3.5 sen.
Di papan indeks, indeks FBM Emas raih 36.27 mata pada 10,664.49, indeks FBMT 100 naik 35.52 mata pada 10,410.97, indeks Emas Shariah kukuh 31.68 mata pada 10,725.16, FBM 70 capai 41.17 mata pada 12,797.99 dan FBM ACE tambah 16.82 mata pada 4,875.30.
Segi sektor, indeks Produk dan Perkhidmatan capai 0.29 mata pada 185.89, indeks Tenaga naik 5.57 mata pada 712.73 dan indeks Perkhidmatan Kewangan lonjak 93.80 mata pada 16,910.98 sementara indeks Perladangan turun 9.98 mata pada 6,983.99.
Sementara itu, Ringgit susut berbanding dolar pada 4.4970/5010 dari penutupan 4.4965/4990 Jumaat lepas.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/bob-bursa-tumpuan-sepanjang-minggu-120?si=014c096a55c24240adbed215b060292d&utm_source=clipboard&utm_medium=text&utm_campaign=social_sharing