Sejak sekatan Covid-19 di China dilonggarkan, jumlah kes jangkitan akibat wabak itu terus meningkat sehingga memenuhi segenap ruang hospital di negara itu, menurut Pertubhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Mike Ryan berkata bahawa unit rawatan rapi (ICU) sibuk walaupun pegawai mengatakan jumlahnya agak rendah.
Bukan itu sahaja, malah terdapat keraguan dalam angka sebenar yang terkesan akibat wabak itu di China.
Jumlah kes melonjak dengan mendadak sejak kerajaan menamatkan kebanyakan langkah kawalan di negara itu dua minggu lalu.
Ini sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kadar kematian yang tinggi di kalangan warga tua yang sangat terdedah kepada jangkitan wabak tersebut.
Walaupun begitu, angka rasmi yang didedahkan kerajaan menunjukkan hanya lima orang meninggal dunia pada Selasa dan dua orang pada hari Isnin.
Dalam pada itu, ketua WHO, Tedros Adhabom Ghebreyesus meluahkan keprihatinanya terhadap situasi yang berlaku di China.
Beliau juga menggesa untuk mendapatkan data khusus mengenai tahap keterukan penyakit, kemasukan ke hospital dan keperluan rawatan rapi.