Ingatkan harga tanah je semakin mahal, tetapi harga plot di Decentraland (MANA) pun boleh tahan ‘menakutkan’!
Rekod daripada DappRadar menunjukkan harga plot paling mahal setakat ini bernilai lebih $3.5 juta (RM14.7 juta).
Difahamkan plot tersebut, Fashion Street Estate telah terjual pada 618,800 MANA di penghujung November 2021.
Seminggu kemudiannya, harga plot tersebut meningkat kepada $3.5 juta.
Bagaimanapun, ekoran situasi pasaran kripto sedang kecundang, harga MANA juga turut terkesan. Ini bermakna harga plot tersebut juga berubah, kini bernilai hampir $2 juta.
Plot kedua termahal di Decentraland pula ialah Venture Estates. Ia terjual pada 300,000 MANA, bernilai $954,000 ketika artikel ini ditulis.
Seterusnya, Genesis Plaza Estate yang terjual pada 210,000 MANA yang bernilai sekitar $667,800.
Sementara itu di metaverse The Sandbox, rekod penjualan plot termahal pula mencecah nilai 3.6 juta SAND, sekitar RM72.7 juta. Ia direkodkan ketika jualan ‘Summer Jam Land Sale’.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.