YouTube boleh menjadi platform terbaharu untuk mempertimbangkan NFT dalam ekosistem mereka, kerana sektor ini terus menunjukkan peningkatan dalam pertumbuhan dan penggunaan seharian.
Pada masa ini, sebuah laman web gergasi dalam pengehosan video Amerika Syarikat, YouTube, telah berhasrat untuk memasuki sektor “non-fungible token” (NFT), sebahagian daripada rancangan untuk mengembangkan syarikat.
Seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg pada hari Selasa (25 Januari 2022), Ketua Pegawai Eksekutif YouTube Susan Wojcicki, dalam surat tahunan menyatakan bahawa syarikat itu sedang mencari cara untuk membantu pereka konten mendapat manfaat daripada “non-fungible token” (NFT).
Petikan surat itu berkata, “Kami sentiasa menumpukan kepada mengembangkan ekosistem YouTube untuk membantu pereka konten memanfaatkan teknologi yang baru muncul, termasuk perkara seperti NFT dan dalam masa yang sama terus mempertingkatkan pengalaman pereka konten dan peminat di YouTube.”
Dalam pada itu, walaupun Wojcicki tidak memberikan butiran lanjut tentang pelan rancangan NFT YouTube, beliau menyatakan bahawa Web3 ialah “sumber inspirasi.”
Ketua Pegawai Eksekutif YouTube itu juga menyatakan bahawa pada tahun 2021, “NFT” dan “decentralized autonomous organizations (DAO)” membuka lebih banyak peluang kepada pereka konten dan peminat untuk berhubung.
Perkembangan terkini datang sejurus selepas platform microblogging Twitter melancarkan ciri baharu yang membolehkan pengguna mengesahkan NFT mereka menggunakan gambar profil.
Seperti yang kita sedia maklum, media sosial lain seperti Meta, sebelum ini dikenali sebagai Facebook, dan Instagram, juga sedang membangunkan ciri yang membolehkan pengguna mencipta dan menjual NFT.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.