Syarikat teknologi utama iaitu Google pada hari ini telah mengumumkan suatu rancangan yang mengembirakan pasaran kripto iaitu mereka berhajat untuk bekerjasama dengan bursa pertukaran kripto untuk pelbagai aplikasi. Bermula awal tahun depan, beberapa pengguna Google Cloud akan dapat membayar perkhidmatan dengan mata wang kripto. Dalam perkongsian berasingan, Coinbase akan beralih kepada Google Cloud untuk operasinya.
Perjanjian yang melibatkan pembayaran kripto boleh menjadi langkah penting dalam penggunaan kripto, dengan implikasi jangka panjang. Pengumuman ini mempunyai kepentingan yang tinggi memandangkan kehadiran dia gergasi iaitu Google dan Coinbase.
Pengumuman mengenai perkongsian itu dibuat pada persidangan Cloud Next Google pada hari Selasa. Berdasarkan laporan , ciri pembayaran crypto pada mulanya akan ditawarkan kepada beberapa pelanggan terpilih. Ini akan menjadi langkah pertama sebelum mengembangkan ciri ini kepada semua pengguna Google Cloud. Amit Zavery, seorang eksekutif Google menyatakan bahawa Google akan mencuba produk pembayaran kripto daripada beberapa syarikat lain sebelum memusatkan perhatian pada Coinbase.
“Perkhidmatan infrastruktur Google Cloud Platform pada mulanya akan menerima pembayaran mata wang kripto daripada segelintir pelanggan di dunia Web3 yang ingin membayar dengan mata wang kripto.”
Perkara ini boleh menjadi peluang yang baik untuk Coinbase untuk mengembangkan lagi pangkalan penggunanya kepada institusi. Perjanjian Google ini hadir ketika bursa kripto sedang terlibat secara aktif dalam mengembangkan operasi di luar A.S.. Terbaru, Coinbase memperoleh lesen untuk perkhidmatan token pembayaran digital daripada bank pusat Singapura. Perkembangan di negara Asia Selatan ini adalah tambahan kepada operasi aktifnya di beberapa negara di Eropah.