The Sandbox (SAND) telah umumkan pelancaran Mega City!
Penubuhan Mega City ini melibatkan kerjasama dengan rakan kongsi di Hong Kong yang merangkumi beberapa industri, termasuk: filem, muzik, hiburan, lakonan, perkhidmatan profesional, kewangan, hartanah, dan permainan.
Untuk menyertai pembinaan Mega City, rakan kongsi terbaru perlu ada LAND dan mereka adalah:
- Andrian Cheng (CEO New World Development, pengasas K11, dan pengarah eksekutif Chow Tai Fook)
- Sun Hung Kai & Co. Limited (firma pelopor pelaburan alternatif)
- PwC Hong Kong (syarikat perkhidmatan profesional)
- TIMES CAPITAL (syarikat pengurusan aset dan pelaburan berkaitan blockchain)
- Stephen Fung (pelakon, penerbit, dan pengarah filem)
- Shu Qi (model dan pelakon)
- Dough-Boy@BlueArk (pengarah muzik)
- Marti Wong yang mengasaskan IP Little Fighter (permainan video)
- Dreamergo (illustrator tempatan)
Manakala mereka yang berminat untuk menyertai pengalaman pembinaan Mega City, boleh dapatkan LAND yang mula terjual kepada umum bermula 13 Januari ini.
Difahamkan LAND yang terjual merupakan spot yang berdekatan dengan projek Mega City.
Sebagai rekod, LAND adalah non-fungible token (NFT) tanah digital di metaverse The Sandbox. Ia boleh dibeli menggunakan token utiliti SAND.
Boleh dikatakan Mega City akan menjadi hub terbaru yang mencerminkan Hong Kong tetapi dalam konsep metaverse.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.