Pergerakan mendatar harga emas kekal berterusan di tengah-tengah kewaspadaan pelabur menantikan mesyuarat polisi FOMC.
Ketika sesi Asia, spot emas diniagakan sedikit susut pada $1,664 per auns, manakala niaga hadapan emas pula suram pada $1,672 per auns.
Jangkaan kenaikan kadar faedah 75 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat polisi September terus membantutkan pergerakan pasaran mata wang termasuk emas.
Sementara raja mata wang US dolar pula mendapat kelebihan untuk memperpanjangkan momentum pengukuhan di sekitar paras ketinggian 20 tahun yang turut disokong oleh hasil bon AS yang lebih tinggi.
Menjelang keputusan FOMC, hasil 2 tahun melonjak ke paras tertinggi 15 tahun, manakala hasil 10 tahun pula kekal kukuh di paras ketinggian 3 bulan pada 3.55%.
Dengan kemungkinan untuk 100 mata asas turut tercetus, pasaran juga akan meneliti sebarang kenyataan dari penggubal dasar Fed mengenai inflasi dan jangkaan kadar seterusnya daripada Fed.