2023 Baru Bermula 2 Minggu, Kripto Ini Dah Meroket 300%!

186

Kripto ni macam berpotensi tapi tu la tak tahu juga takut tiba-tiba jatuh $0.”

Harga mata wang kripto Cronos (CRO) yang diwujudkan oleh syarikat exchanger Crypto.com mendaki sebanyak 51% dengan penilaian pasaran melebihi $2 bilion selepas mencapai paras terendahnya sejak tahun 2022.

Selain melepasi zon harga $0.085, modal pasaran CRO turut raih sekitar 9.87% pada $2 bilion manakala volum dagangannya maju hampir 301% pada 494 juta dalam tempoh 24 jam lalu.

Walaupun Crypto.com bertindak mengurangkan tenaga kerjanya sebanyak 20%, reaksi positif tersebut dapat berlaku berikutan para pelabur tetap tertarik untuk membeli sejumlah besar aset digital itu.

Malah, kenaikan harga itu adalah susulan daripada pengumuman Crypto.com pada 16 Januari yang berkata bahawa syarikatnya akan membuat perjanjian penyingkiran karbon lapan tahun bersama Climeworks bagi meneutralkan semula pelepasan karbon.

Sementara Crypto.com juga akan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan penyingkiran karbon, pegawai kerajaan dan rakan kongsi perniagaannya seperti Shopify untuk mengkaji dan merancang mengenai pengurangan karbon.

Perkembangan dalam ekosistem CRO turut merupakan antara punca harga aset digital tersebut canak, di mana total value locked (TVL)* untuk dApps CRO lonjak 12% pada $398 juta, namun ia jauh lebih rendah berbanding sebelum ini hampir $4 bilion.

*Mengukur jumlah nilai semua aset yang dikunci ke dalam protokol DeFi

Setakat penulisan ini, harga CRO susut sedikit berlegar pada zon $0.079 manakala aliran keluaran tunai syarikatnya gelincir sebanyak $12 juta dalam tempoh 24 jam terakhir dan $156 juta dalam 30 hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat