Harga emas berlegar di sekitar paras terlemah lima bulan pada hari Isnin ketika pelabur bersiap sedia untuk perhimpunan bank pusat di Jackson Hole pada minggu ini.
Bagaimanapun, logam kuning itu sedikit melantun dari paras terendah hariannya yang disentuh pada $1,885 ketika awal sesi Asia ke sekitar harga $1,893 per auns, pada waktu penulisan.
Pelabur kini mencari petunjuk tambahan mengenai hala tuju dasar monetari Federal Reserve (Fed) seterusnya pada mesyuarat akan datang pada September.
Ekoran itu, pasaran akan memberi tumpuan utama kepada ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell di simposium Jackson Hole pada hari Jumaat nanti.
Dalam pada itu, bank pusat China (PBOC) tanpa dijangka mengekalkan kadar utama pinjaman (LPR) lima tahunnya pada 4.20%, dan mengurangkan LPR setahun sebanyak 10 mata asas kepada 4.45%.
Susulan tindakan PBOC yang dilihat kurang dovish itu, pasaran kewangan bergerak bercampur-campur pada sesi Asia.
Selain itu, data ekonomi yang menjadi tumpuan utama minggu ini adalah penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah, UK dan Amerika Syarikat pada hari Rabu.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.