“Adakah kripto & AI akan memberi kebaikan atau sengsara semata-mata?”
Susulan peningkatan trend artificial intelligence (AI) seperti ChatGPT dan Bard yang dilancarkan oleh Google semakin berkembang pesat dan dikenali ramai, beberapa mata wang kripto baru-baru ini berjaya menyaksikan kenaikan harga.
Antara kripto memfokuskan AI adalah Near Protocol (NEAR) yang didapati melonjak sekitar 3.21% dalam tempoh 24 jam lalu melepasi paras harga $2.83 namun kini susut pada $2.47.
Dilaporkan bahawa komuniti NEAR sungguh teruja apabila aset digital tersebut mengeluarkan kenyataan di akaun Twitter miliknya dengan menyebut “AI is NEAR”.
Diperjelaskan lebih lanjut, tweet itu datang semasa komuniti NEAR menyatakan aset digital tersebut dapat berfungsi sebagai blockchain terkemuka yang mampu memudahkan penggunaan AI pada masa hadapan.
Suka dimaklumkan NEAR yang membangunkan aplikasi kripto dan AI digelar NearCrowd telah beroperasi secara senyap hampir dua tahun dengan memiliki beribu-ribu pekerja di seluruh dunia.
Perniagaan NearCrowd dijangkakan bakal berkembang dan memperoleh keuntungan lumayan dalam tempoh beberapa tahun akan datang susulan populariti ChatGPT dan perkhidmatan berasaskan AI kian meningkat.
Secara keseluruhannya, teknologi blockchain dalam sektor AI berpotensi memberi pelbagai manfaat terhadap prestasi sesuatu aset digital tersebut.