Dagangan emas terus cemerlang menyambung dagangan pada hari ini (Rabu) apabila harga berjaya mencapai paras ketinggian terbaru lagi.
Pada Jumaat lalu, harga emas capai paras $1,930 ketika penutup minggu lalu susulan emas sebagai aset safe-haven kian mendapat tarikan ketika pergolakan di Timur Tengah semakin tegang.
Namun pergerakan harga emas mendatar sejak awal minggu hingga semalam sebelum kenaikan semula diteruskan pada hari ini.
Pergerakan harga tersebut diterjemah pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Selepas lonjakan minggu lalu capai 1930.00, harga kemudiannya mendatar pada zon 1920.00 di awal minggu ini.
Namun walaupun bergerak mendatar, penganalisis masih melihat isyarat bullish harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu.
Kenaikan harga diteruskan pada sesi Asia pagi ini sehingga mencapai ketinggian terbaru pada sekitar 1940.00.
Harga kemudiannya mendatar di sekitar ketinggian tersebut menyambung dagangan ke sesi Eropah.
Kenaikan lebih tinggi akan dijangka diteruskan harga untuk seterusnya menguji zon penting yang berada pada 1950.00.
Ini merupakan zon rintangan yang kali terakhir diuji pada penghujung Ogos lalu namun harga gagal tembusinya.
Sekiranya harga emas papar kejatuhan semula, paras 1920.00 dilihat sebagai sokongan yang diuji kembali oleh harga.
Jika tembus dan harga juga susut di bawah sokongan MA50, ini akan menjadi petanda buruk untuk risiko harga emas menjunam.
Penurunan awal dilihat akan menghampiri paras tumpuan pada 1900.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG