Bukan je catat paras terendah mingguan terbaru, rupanya harga emas jatuh ke paras terendah terbaru 8 minggu pada penurunan harga dipaparkan Jumaat lalu.
Ini disebabkan pelabur terus melihat pengukuhan US dolar yang berterusan sehingga penghujung minggu lalu, tidak berlaku lantunan harga seperti kebiasaan minggu-minggu sebelum ini.
Dengan terbitan data peribadi pengguna Amerika Syarikat (AS) pada ses New York Jumaat lalu yang kukuh, menguatkan lagi faktor tambahan untuk US dolar mengukuh dengan jangkaan Federal Reserve (Fed) akan mengekalkan pengetatan dasar monetari.
Justeru, tekanan terhadap emas juga dijangka akan berterusan berikutan situasi tersebut.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat dilihat harga telah mencecah paras 1810.00 di penghujung dagangan minggu lalu.
Pergerakan harga yang kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD menjangkakan trend bearish harga emas akan berterusan lagi minggu ini.
Penurunan lanjut harga dilihat semakin hampir mencecah paras sasaran 1800.00, dan pelabur bakal menyaksikan reaksi menarik harga pada zon tersebut.
Boleh jadi harga terjun lebih rendah menuju pula ke sekitar 1780.00 untuk catatkan paras terendah terbaru lagi.
Tapi tidak mustahil harga emas boleh melonjak semula memaparkan corak pergerakan yang berbeza pada minggu ini.
Ini akan lebih jelas sekiranya kenaikan harga berjaya melepasi halangan MA50 seterusnya menembusi paras tumpuan 1830.00.
Kenaikan yang berjaya dilanjutkan lagi akan kembali mensasarkan pada zon rintangan 1870.00 sebelum ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG