Mengejutkan pelabur apabila harga emas kembali menjunam semula pada dagangan sesi New York semalam.
Penurunan harga yang berlaku adalah lebih besar berbanding lonjakan selepas mesyuarat FOMC.
US dolar yang dijangka untuk menyambung penyusutan selepas isyarat dovish oleh Federal Reserve (Fed) susulan mesyuarat FOMC sebaliknya mengukuh kembali menutup kerugian sebelumnya dan membuatkan harga emas kembali susut.
Ketidaktentuan terus melanda pasaran di penghujung minggu ketika tumpuan pasaran kini beralih pula pada penerbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).
Jangkaan bacaan data pekerjaan yang merosot itu berkemungkinan akan memberi kesan yang negatif kepada US dolar, namun pelabur perlu berwaspada dengan reaksi yang tak menentu sebelum penutup dagangan minggu ini.
Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang telah melonjak melepasi 1950.00 tidak bertahan lama di atas paras tersebut.
Setelah mendatar seketika, harga kemudiannya menjunam sehingga mencecah ke sekitar 1912.00 sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia dan Eropah hari ini (Jumaat).
Pelabur menghadam isyarat bearish untuk dagangan emas apabila harga bergerak semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Penurunan harga berkemungkinan akan dilanjutkan menuju ke paras sokongan 1900.00 pula.
Tembus lebih rendah akan mendorong harga mencecah ke sekitar 1870.00 yang merupakan zon tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.
Namun lonjakan harga juga boleh berlaku dan berkemungkinan harga bakal kembali semula ke zon rintangan 1950.00.
Melepasi rintangan tersebut barulah harga akan mensasarkan pendakian lebih tinggi dengan pergerakan bullish yang lebih jelas berpotensi mencapai sehingga paras 2000.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG