Dagangan emas suram pada penghujung minggu lalu apabila gagal untuk pamerkan pemulihan di sesi terakhir.
Data indeks perbelanjaan peribadi pengguna Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan meningkat telah menyokong pengukuhan US dolar yang menekan semula harga jatuh di sesi New York.
Kini pelabur sedang berhati-hati untuk menilai kesan perkembangan perjanjian siling hutang AS yang berjaya dicapai terhadap pergerakan harga emas semasa.
Reaksi lebih jelas berkemungkinan akan dapat dilihat untuk beberapa sesi lagi berikutan bank-bank masih ditutup pada Isnin.
Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar memperlihatkan cubaan kenaikan harga pada Jumaat lalu di sesi Asia.
Namun, harga gagal melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut sebelum menyusut semula di bawah paras 1950.00.
Paras 1940.00 dilihat menjadi sokongan semasa buat harga, namun jika harga meneruskan lagi penurunan minggu ini, paras tersebut bakal dilepasi.
US dolar jika kekal kukuh bakal mengheret harga emas jatuh ke paras terendah terbaru 11 minggu dengan sasaran terbaru untuk harga menuju paras tumpuan 1900.00.
Sementara, jika harga berjaya melonjak di atas paras 1950.00 semula, halangan MA50 juga akan ditembusi dan akan menjadi petanda untuk harga berubah arah.
Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan menuju zon rintangan minggu lalu pada 1980.00 sebelum kenaikan diteruskan mencapai paras penting pada 2000.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG