Kembali menceriakan para pelabur emas pada pembukaan dagangan awal April semalam apabila nilai logam kuning itu melonjak semula.
Pelabur pada mulanya resah apabila nilai emas semakin susut pada sesi Asia semalam, menyambung kejatuhan pada penutup penghujung minggu lalu.
Namun, berikutan faktor penyusutan semula US dolar, emas kembali didagangkan meningkat semula.
Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam menyaksikan harga turun dulu di sesi Asia mencecah paras 1950.00.
Namun, harga kemudiannya melantun dari paras tumpuan tersebut sehingga berjaya mencapai ketinggian sekitar 1990.00 di sesi New York.
Pergerakan harga lebih mendatar di bawah paras ketinggian itu menyambung dagangan pada hari ini (Selasa) selepas lonjakan telah berjaya melepasi Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.
Emas dijangka akan melanjutkan lagi lonjakan dan semakin menghampiri semula paras penting 2000.00.
Paras tersebut masih menjadi rintangan semasa buat harga ketika kenaikan beberapa minggu sebelum ini masih gagal menembusinya.
Paras ketinggian terbaru boleh dicatatkan lagi sekiranya US dolar terus alami penyusutan berterusan.
Sebaliknya jika situasi berubah, harga emas yang membuat penurunan semula dilihat akan kembali menuju zon 1950.00.
Jika ditembusi, harga boleh jatuh sehingga menuju sekitar 1900.00 yang turut merupakan antara paras tumpuan harga sebelum ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG