Akhirnya, dagangan emas berjaya memecah tembok kental di paras $2,000 apabila paparkan lonjakan bertenaga semalam mencatatkan paras ketinggian terbaru.
Sentimen yang masih mendorong penyusutan US dolar terus membuka ruang kepada aset emas untuk meningkat nilainya pada minggu ini.
Penganalisis juga melihat belum ada faktor-faktor yang boleh mengubah trend pergerakan US dolar buat waktu ini, justeru emas berpotensi untuk menyambung lonjakan ke paras yang lebih tinggi.
Jika diteliti pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar ketika ini, harga telah berjaya melonjak melepasi paras kritikal 2000.00 pada Selasa semalam.
Lonjakan di sesi New York mencapai paras ketinggian terbaru pada 2024.00 sebelum harga mendatar di sekitar tersebut sehingga bersambung ke sesi Asia dan sesi Eropah hari ini (Rabu).
Pergerakan harga yang masih kekal di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD mencadangkan kenaikan lebih tinggi akan diteruskan.
Sasaran seterusnya adalah untuk emas mencapai ketinggian pada 2070.00, paras yang pernah dicapai pada Mac 2022 yang lalu ketika peristiwa perang Rusia-Ukraine tercetus.
Paras paling tinggi sepanjang masa pernah dicatatkan oleh emas adalah sekitar 2075.00, dicapai pada Ogos 2020.
Sekiranya harga emas kembali menjunam semula, paras 2000.00 akan kembali dituju dan berkemungkinan akan berfungsi sebagai zon RBS (resistance become support) terbaru yang boleh melantunkan semula harga naik.
Jika harga tetap tembus lebih rendah, penurunan boleh mencecah semula zon 1950.00, antara paras tumpuan harga sebelum ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG