Dagangan emas kembali mengorak langkah mendaki semula semalam setelah alami kejatuhan ketara harga pada Selasa lalu.
Namun penganalisis memberi amaran kepada pelabur emas untuk tidak gembira terlalu awal kerana gelora masih lagi belum reda menjelang terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang menjadi cabaran utama sebentar lagi.
Mempengaruhi peningkatan nilai emas, mata wang US dolar dilihat bergerak lemah pada Khamis semalam memberi reaksi terhadap data tuntutan faedah pengangguran AS.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan kenaikan semula harga melepasi paras tumpuan 1830.00.
Pelabur menilai isyarat awal perubahan trend ketika harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Pergerakan harga perlahan di atas 1830.00 menyambung dagangan pada hari ini (Jumaat) dengan harapan pelabur untuk melihat harga emas akan meneruskan kenaikan lagi.
Bacaan data NFP akan mengundang reaksi menarik pasaran dan akan memaparkan arah pergerakan emas selanjutnya.
Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, paras ketinggian awal minggu sekitar 1858.00 akan dicabar untuk diatasi sebelum kenaikan menuju pula ke zon tumpuan 1870.00.
Pergerakan tersebut memerlukan penyusutan lebih ketara berlaku ke atas US dolar.
Jika sebaliknya yang berlaku, harga berkemungkinan boleh menjunam semula di bawah paras 1830.00 sebelum harga menuju paras sokongan penting pada 1800.00.
Paras terendah terbaru akan dicatatkan sekiranya US dolar mengukuh kesan reaksi laporan pekerjaan NFP.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG