Dagangan emas masih belum mampu mengukir senyuman di wajah para pelabur minggu ini dengan harga yang semakin menunjukkan penyusutan pada hari ini (Selasa).
Membuatkan pelabur gelisah apabila penganalisis pasaran mula menjangkakan US dolar akan mengukuh selepas perjanjian siling hutang Amerika Syarikat (AS) telah mencapai persetujuan.
Jika US dolar kukuh, harga emas akan ditekan jatuh ke paras lebih rendah.
Dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga bergerak mendatar di bawah paras 1950.00 sepanjang Isnin semalam ekoran kebanyakan bank-bank juga masih bercuti.
Gagal melepasi paras 1950.00, harga juga kekal berlegar di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang menjangkakan trend bearish berkemungkinan masih akan diteruskan lagi.
Menuju penghujung sesi Asia sebentar tadi, harga emas dilihat menyusur lebih rendah melepasi paras dicecah minggu lalu, dan telah mencatatkan paras terendah terbaru sekitar 1932.00.
Namun ada sedikit lantunan di awal sesi Eropah, menjangkakan halangan MA50 bakal diuji harga selain paras 1950.00 juga akan menjadi tumpuan.
Sekiranya harga melonjak tembusi halangan-halangan tersebut, pelabur akan melihat sebagai petunjuk yang positif untuk harga emas meningkat naik semula.
Jangkaan untuk kembali menguji zon rintangan berikutnya pada ketinggian 1980.00 dahulu sebelum kenaikan diteruskan menuju paras tumpuan 2000.00 sebelum ini.
Namun jika US dolar kukuh menekan harga emas jatuh lebih rendah, harga bakal menyambung corak bearish sebelum ini dan catatkan paras terendah terbaru 11 minggu.
Sasaran adalah menuju zon 1900.00 yang kali terakhir harga berada di situ iaitu pada dagangan pertengahan Mac yang lalu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG