Menepati ramalan optimis paras pelabur, emas berjaya menamatkan dagangan di penghujung minggu ke paras yang lebih tinggi.
Ini menyusuli situasi pergerakan suram US dolar pada penutupan dagangan sesi terakhir minggu lalu.
Bakal memacu dagangan US dolar minggu ini, laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) akan menjadi tumpuan pada Jumaat untuk pelabur mendapatkan gambaran penetapan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed).
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pelabur telah menyaksikan harga yang mencecah sekitar 1805.00 membuat kenaikan semula sehingga ke paras ketinggian 1856.00 di penghujung sesi terakhir minggu lalu.
Trend kekal bullish dengan pergerakan harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD berkemungkinan akan menyambung kenaikan lagi minggu ini.
Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini, harga berlegar perlahan di paras ketinggian penutupan minggu lalu.
Jika kenaikan diteruskan lagi, sasaran adalah pada zon 1870.00 bakal diuji oleh harga setelah gagal ditembusi pada dagangan 3 minggu yang lalu.
Selepas rintangan tersebut berjaya dilepasi, barulah sasaran akan beralih ke paras ketinggian pada 1900.00 sebelum ini.
Namun pelabur tetap perlu berwaspada untuk kemungkinan situasi penurunan harga emas boleh berlaku semula.
Jika harga susut di bawah paras sokongan MA50, akan menjadi petunjuk awal untuk perubahan arah harga emas.
Harga akan turun menguji paras 1830.00 sebelum menuju pula ke sekitar 1820.00.
Penurunan yang dilanjutkan selepas isyarat trend bearish lebih jelas boleh mendorong harga emas mencecah sehingga ke zon tumpuan 1800.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG