Seperti yang dijangkakan pelabur yang kekal optimis, dagangan emas terus dipacu ke paras lebih tinggi pada Rabu semalam menyambung corak kenaikan hari sebelumnya.
Menyokong situasi tersebut, US dolar didagangkan lemah susulan mengalami penyusutan berikutan sentimen pasaran dipulihkan dengan perkembangan positif ekonomi China.
Data sektor pembuatan dan perkhidmatan China bagi bulan Februari diterbitkan dengan bacaan yang cemerlang menunjukkan kesan positif kerajaan yang mengakhiri langkah zero Covid sebelum ini.
Penyusutan US dolar terus memberi ruang emas untuk didagangkan meningkat menuju ke penghujung minggu ini.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan kenaikan harga yang berjaya melepasi rintangan 1830.00.
Kenaikan diteruskan mencapai ketinggian 1844.00 pada sesi New York semalam namun menuju ke penutup sesi, harga sedikit berundur ke sekitar 1836.00.
Menyambung dagangan pada hari ini (Khamis), harga menyusur perlahan ke paras 1830.00 semula dan bakal memberi reaksi pada paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD untuk isyarat pergerakan selanjutnya.
Jika harga melonjak semula meneruskan kenaikan, mengatasi ketinggian dicapai semalam akan mendorong pendakian diteruskan menuju sasaran 1870.00.
Zon tersebut dijangka akan menjadi rintangan penting bakal diuji oleh harga dan pelabur akan memerhatikan reaksi di zon tersebut.
Namun jika emas kecundang pada dagangan penghujung minggu, harga boleh terjun semula menuju paras sokongan awal minggu selepas melepasi paras 1820.00.
Penurunan yang diteruskan dijangka akan menjejak ke zon support 1800.00 dan turut mencatatkan paras terendah terbaru 9 minggu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG