Menyambung lonjakan hari sebelumnya, nilai emas berjaya mencapai ketinggian terbaru pada sekitar $2,030 pada Rabu semalam, namun mula berundur semula.
Selepas mencapai paras tertinggi sejak Mac 2022 itu, harga gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi sebaliknya mula menyusut semula susulan tekanan pengukuhan US dolar di sesi New York.
Penganalisis masih optimis emas masih berpotensi untuk menyinar lebih terang, namun pelabur berkemungkinan berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP pada esok hari.
Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada Selasa lalu menyaksikan lonjakan mencapai 2024.00 sebelum kenaikan diteruskan Rabu semalam mencapai ketinggian terbaru 13 bulan pada 2030.00.
Namun, harga ditekan turun semula hingga ke sekitar 2010.00 menyambung dagangan pada hari ini (Khamis).
Pergerakan harga perlahan meniti paras sokongan Moving Average 50 (MA50) yang masih mencadangkan pergerakan bullish buat emas.
Sekiranya emas masih bertenaga untuk melanjutkan pendakian menuju penghujung minggu ini, harga bakal mengatasi ketinggian dicapai semalam untuk rekod yang baru.
Sasaran seterusnya berada pada 2070.00 untuk dicapai sekali setelah kali terakhir paras tersebut disentuh adalah pada dagangan Mac 2022.
Namun jika emas semakin susut, paras 2000.00 bakal menjadi tumpuan untuk diuji semula dan berpotensi membentuk zon RBS (resistance become support) yang terbaru.
Penurunan lebih rendah harga emas yang dilanjutkan bakal menuju pula sekitar 1950.00, antara paras tumpuan harga sebelum ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG