Emas didagangkan susut harga menuju penghujung minggu apabila pengukuhan yang dipaparkan US dolar pada Khamis semalam menekan komoditi berharga itu.
Pelabur yang mengharapkan kenaikan harga emas ke paras yang lebih tinggi tidak tercapai apabila harga dilihat susut semula menuju paras $2,000.
Dapat diteliti pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar Khamis semalam pada mulanya menyaksikan kenaikan ke paras sekitar 2040.00.
Kemudiannya sesi New York digoncangkan dengan terjunan harga emas yang agak drastik sehingga mencecah paras 2011.00.
Harga yang kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu memberi isyarat untuk pergerakan bearish buat emas.
Walaupun perlahan menyambung dagangan pada hari ini (Jumaat), harga masih menunjukkan corak penurunan dan semakin menghampiri paras 2000.00.
Berkemungkinan pergerakan harga lebih rancak akan diperlihatkan di sesi terakhir minggu ini dengan reaksi menarik dijangkakan di paras 2000.00 itu.
Sekiranya harga menjunam di bawah paras 2000.00, isyarat bearish lebih jelas akan menjangkakan penurunan harga emas untuk menuju sehingga zon 1950.00.
Mencecah zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru harga emas untuk tempoh dagangan 5 minggu.
Namun jika lonjakan berlaku semula, melepasi halangan MA50 akan menandakan corak kenaikan harga bakal bermula dan memberi kelegaan kepada pelabur.
Paras 2050.00 akan menjadi sasaran awal untuk dicapai sebelum harga berpotensi untuk mencapai semula rekod tertinggi sepanjang masa yang dicipta minggu lalu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda dan sertai Lucky Draw RM3,000 SaracenMarkets bulan ini. – KLIK DI SINI – UNTUK PM ADMIN